Saturday, September 21, 2013

new chapter begin..

one new passage begin in my life.. after 3 years being a undergraduate student now i can call my self graduate student.. Praise to Allah give me a enough strength and courage to achieve a bigger thn' i my life.. hope fully my master study can end up with a vary of memorable memory and good experiences. Manage to learn a powerful and bombastic skill from my super senior and beloved friend and do not forget my excellent supervisor... Nothing is impossible in our life... A excellent people will find solution for problem and ordinary people always find reason for problem.. Nobody is perfect but we born to be somebody... :-)


"There are three kinds of intelligence: one kind understands things for itself, the other appreciates what others can understand, the third understands neither for itself nor through others. This first kind is excellent, the second good, and the third kind useless."


'The one excellent thing that can be learned from a lion is that whatever a man intends doing should be done by him with a whole-hearted and strenuous effort.'


Not to be cheered by praise, not to be grieved by blame, but to know thoroughly one's own virtues or powers are the characteristics of an excellent man.

Sunday, November 25, 2012

Ikan Hiasan

Pemeliharaan ikan hiasan  menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah  Pulau Pinang, Perak  dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai  sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria.  Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan.  Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.

Kelisa (arowana)


Kepentingan ikan hiasan

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa. Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik  dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan.  Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya.  Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

Jenis-jenis ikan hiasan

a.Terdapat berbagai jenis ikan hiasan  yang menjadi kegemaran pengemar-penggemar ikan hiasan.  Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

Memilih bekas (akuarium).

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:

• jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)
• jenis ikan hiasan
•bilangan ikan hiasan
•saiz ikan hiasan
•saiz akuarium

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran  75 cm – 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang  lebih besar. 

Memilih tumbuhan akuatik yang sesuai

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah seperti berikut :

Freestyle Aquarium
  • Alternanthera  spp. 
  • Bacopa spp.
  •  Anubias spp. 
  • Lobelia spp. 
  • Sumatra fern spp. 
  • Java fern spp


Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.

Siap Aquascape

Langkah-langkah menyediakan  akuarium  
          
Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan  dalam akuarium , langkah- langkah berikut    
perlu di ikuti ;

•bersihkan bekas terlebih dahulu
•pasangkan penapis
•masukkan pasir
•masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas
•masukkan aksesori yang dikehendaki
•masukkan tumbuhan hiasan ( jika ada )
•masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya
•pasang dan hidupkan  pam  dan biarkan selama 2 jam
•masukkan ikan hiasan .

Pengurusan akuarium

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

•Sistem pengudaraan bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

•Sistem penapis air-Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis “under gravel filter” kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

•Perawatan air-Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah  merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

•Aksesori-Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasar-Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu  tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

•Hiasan dalam akuariumReka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.



Penyakit dan rawatan
Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :
• Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
• Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
• Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:


White Spot Disease (Penyekit Rintik Putih)

Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuariumb. 
White spot disease


Fungi Infection

Fungi akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti fungi ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Fungi ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti fungi itu. Ikan yang dijangkiti fungi perlu diasingkan dari ikan sihat. 

Contoh Fungal Infection


Microscopic Morphology of fungal infection


Bacteria Infection

Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.
Morphological view


Betta Bacterial Infection



Sunday, November 18, 2012

Pertemuan semalam, hari ini dan esok


Sambungan: 07.11.2006 15:38
Pertemuan semalam
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam
yang pilunya bukan kepalang
Pertemuan hari ini
terasa madunya kian susut
entah ...
tertahankan ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian
Pertemuan hari esok
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti
madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.
Kau datang lagi..
Kala aku sendiri
kau datang lagi
menghamparkan duri-duri
menikam batin ini
dengan ganasnya
tiada rasa simpati
Aku tahu
kau telah berjanji
akan mengheretku bersamamu
selagi aku bernyawa
dan terus berjuang
menuju jalan yang telah disuratkan
Kau tak pernah puas
dengki dengan kejayaanku
benci dengan perlakuanku
malah kau campakan aku
agar aku terjatuh seperti dirimu
Usahlah dikau berselindung
aku tahu siapa engkau
dan siapa aku
Insan.............
bila kita mencermin diri,
adalah sebaliknya
seminit dengan mendalam
engkau menatap
engkau tanya satu soalan
kepada insan dicermin
untuk siapakah engkau
sememangnya.................
sukar........
hidup seribu insan
namun pasti ada suratan
pasrah akan menyahut
biarpun pahit namun
tetap akan ditelan
kerana hidup sukar
dimengertikan
ibarat mimpi dalam khayalan.
Seandainya
diri ini bisa berkata-kata ke seluruh dunia
juga adanya suara yang kuat bergema
akan kulontarkan satu kata
biar ia berserakkan di mana-mana
biar ia tertusuk di sanubari
remaja, dewasa, lelaki, wanita...
bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya
dunia ini sudah terlalu tua
dunia ini hanya menunggu masa
untuk binasa
hapuskanlah persengketaan
koyakkan segala kekejaman
lunturkan segala maksiat
segala kejahatan
bersihkan diri dengan air suci
agar ia tidak hitam lagi
seandainya itu yang bisa kulakukan
alangkah damainya diri ini
lantaran hati tidak tertanggung lagi
kesedihan, keperitan
melihat segala titik hitam
yang semakin membesar... terlalu besar
takutnya... jika kita dilaknati
takutnya... jika kita tidak dirahmati
takutnya... jika kita enggan diberkati
aduhai semua
cukuplah membalut diri dengan dosa
kita di akhir zaman kini
pantaskan kaki mencari sinar abadi
untuk kebahagiaan yang menanti
di syurgawi...

-SM-

Thursday, November 15, 2012

Sajak Buat Teman


Sambungan daripada post yang lepas.. :-).. tarikh yang tertulis 06 Feb 2004 21:09 kat situ ada sehelai tulisan khat tangan.. cantik tulisannya...
Cantik tulisannya.. Wonder who is the calligrapher??

Teman
 Persahabatan yang terjalin kini
 Hasil kemesraan kita semalam
 Andainya ia hancur di ambang esok
 Pastinya kita kan bermusuhan adakah perpisahan ini
 Menjadi jurang antara kita
 Tiada ku tahu kau sebenarnya
 Menganggap keakraban kita selama ini
 Hanyalah satu permainan
 Dan bukannya mahar dalam persahabatan….


Yang ni helaian yang kedua.. kemas tersimpan.. lupa dah sapa bagi bnda ni.. cantik kan..

Teman
 Andainya ada sembilu
 Yang pernah menusuk hatimu
 Maaf ku pohon
 Tapi kiranya ada madu yang terpalit padamu
 Jangan kau buangkan ianya
 Kerna ianya bisa menjana mindamu…
 Mengimbas memori kita bersama
 Lantas menjernihkan suasana
 Yang mengeruhi kolam persahabatan ini

Teman
 Laman pertalian ini kian tandus
 Kemesraan makin gersang gurau-senda
 Lantas bunga-bunga keakrabannya
 Turut layu menyembah bumi
 Siramilah ia semula
 Dengan air kesetiaanmu
 Suburkanlah kembali
 Dengan baja kelembutanmu
 Tapi usah kau lontarkan ia
 Dengan batu keangkuhanmu
 Kerana diriku sesungguhnya
 Bukan keronsangmu.

-SM-