Wednesday, March 21, 2012
Tuesday, March 13, 2012
SAHABAT YANG DIRINDUI
Salam w.b.t and Hi....
Petang tadi selepas Asar aku membelek buku2 lama yang ada kat aku nyer kotak. Then suddenly aku terpikat kat satu surat dari member dan sahabatku. Aku baca words by words than tanpa aku sedar pandangan mataku terhalang dengan genangan air mata di kelopak mta.. huhu.. agak plk klo aku mengangi hahaha tapi yang ni aku x ley nak thn huhu... Klau boleh diputarkan pada saat itu alangkah indahnya...
(Hari ini aku tersentap lagi dgn kptsan yang mmg aku x sangka sangkakan. Biarlah aku seorang sahaja yang megetahui intipati kandungan keputusan itu adalah berkaitan dengan apa.. Pada saat dan ketika aku menerima keputusan tersebut aku merasakan duniaku gelap sebentar dan kepalaku berasa berat dan berpinar. Ya Allah dugaan aper yang datang melanda kali ini.. Adakah aku bersedia untuk ujian seberat n sebesar itu.. Aku berdoa Ya Allah janganlah Engkau duga kami dengan dugaan yang x tertanggung oleh kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Kaya dan Maha Adil Ya Allah. Dengan keputusan di terpampang di depan mata tertera jelas di telapak tangan tidak terasa air mutiara jernih mengalir dari kelopakku... Aku berdoa kepada Allah agar urusanku dipermudahkan dan amalanku diterima oleh Allah sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana.. Aku melangkah longlai ke pintu keluar bilik tersebut tanpa bicara dan teru mendapatkan kawan ku yang setia menanti diluar bilik tersebut. Semua orang tahu aku adalah pelakon yang hebat bersandiwara menyembunyikan segala duka di jiwa. Pada wajah kawanku terpampang sejuta kerisauan tapi ketenganan palsu yang aku cipta ternyata dapat meleraikan kerisauan di wajahnya. Aku cuba menjadi pelakon yang terbaik untuk menyembunyikan kekusutan dan gelora di dalam diriku, mengurung kesedihan di dalam sanubari ku. Aku insan yang lemah dan tidak berdaya. Aku mula berkira2 dan mencatur sekiranya hari ini adalah hari terakhirku di muka bumi Allah yang indah dan mempersona ini maka aku redha dengan ketentuanNya sebab aku percaya setiap hambanya pasti akan dijemput pulang oleh Tuannya pada satu masa kelak x kira lambat atau cepat walaupun dimana jua kita sekalipun. Kepada sahabatku yang aku sayangi aku hadiahkan sebuah lagu untuk menjadi pendoman di masa akan datang. Doakan yang terbaik untuk kita bersama.
Ammar- Secebis Kenangan
ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku
sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi
(tinta terakhir dari Sahabatmu - Johari Samsuddin@ Gilbert Gana)
Arwah meninggal pada Khamis 14.10.10 iaitu 4 hari selepas Graduation Day aku daripada diploma aku konvo pada 10.10.10)
Surat ni mak dia yang bagi kat aku time tahlil 40 hari. yang tragis dan sadisnya aku baru tahu beritah pemergian Arwah selepas 40 hari beliau berhijrah ke alam yang lain iaitu alam barkzah.. Sama2 kita sedekah kan Al-Fatihah kepada Arwah. Semoga Arwah digolongkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Beliau pergi disebabkan barah@cancer hati level 4..
Saturday, March 10, 2012
PERINGATAN BUAT SAHABATKU TERSAYANG
Salam... Pedih hati bila hati kita dilukaikan.. sakit tu mmg sakit, Kecewa ya kita kecewa sangat2...Segala pengorbanan yang kita buat selama bertahun tahun bukan setahun atau dua, segala bakti yang dicurahkan pada insan bernama sahabat siang dan malam behari hari lamanya, tapi segalanya hanya umpama mencurai air pada daun keladi, umpama menghitung bulu kambing setiap hari. segalanya jadi sia2 belaka.. KENAPA.. ya kenapa semua ni harus berlaku... Adakah aku yang bersalah, tapi dimana silapnya SAHABAT untuk aku perbetulkan kembali aku perluruskan semula aku perlahankan kemudi,,, di mana rompang nya dimana wahai TEMAN biar dapat aku tampung semula dengan segala usaha kudrat yang Allah kurnia, aku masih mencari compingnya untuk dijahit dengan batik bersulam keikhlasan dari indan yang lemah yang sekerdil semut dengan gajah.. RAKAN perbetulkanlah aku bila aku salah tersilap langkah melangkah, tersilap kata berbicara terluka mungkin aku terkurang minta ditambah mungkin terlebih tolong dipertimbangkan semula agar bersama kita menuju puncak jayanya...
wahai RAKAN SEPERJUANGAN... Bertahun kita tempuhi bersama, kita lalui suka
dan duka bersama, kita redah onak duri bersama, kita mencari hakiki bersama.
KENAPA... Kenapa wahai SAUDARA sekarang engkau mula berpaling tadah menoleh muka meninggalkan SAHABATMU ini tergantung tanpa siapan, berpengang tiada penghadang berpijak tiada pelantar.. Kenapa engkau berdiam sekiranya terdapat kelompangan dalam masa kita berjuang. YA SAHABAT berjuang itu payah tiada manisnya banyak masam dan masinnya.. TETAPI dalam kepayahan terselit seribu kenangan abadi yang mungkin tiada harga di dunia reality... KENAPA harus kita bersengketa sedangkan kita SEHALA menuju DESTINASI yang sama... WAHAI RAKAN, SAHABATKU,TEMANKU,RAKAN SEPERJUANGANKU dan SAUDARA ku sedarlah wahai KAWAN kita dah banyak terleka dan terpesona dengan hasutan dunia...
9 TAHUN kita berjuang... kita berdoa bersama sampaikanlah ke ADANYA SAHABAT... SEDARLAH SAUDARA, kenganilah segala perjuangan kita imbau kembali sejarah lama... Jangan kita terleka biarpun terpana... Kita masih ada AMANAH yang kita hendak langsaikan... INGAT,, INGAT,,, INGAT,, bersama kita sudahkan apa yang kita mulakan.. jangan menyerah dipertengahan jalan SAHABAT,,, aku merayu sahabat...SEDARLAH WAHAI SAHABAT DARI TIDUR DAN LENA.. Engkau bukan seperti yang aku kenal sekarang.. KEMBALILAH pada
diri mu yang DAHULU.... yang aku kenal 9 tahun dahulu...

Subscribe to:
Posts (Atom)