Monday, November 12, 2012

Penternakan Itik


Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.
PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
·         mempunyai daya hidup yang tinggi
·         bebas dari kecacatan
·         penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)
·         menghasilkan telur yang berkualiti
·         berat antara 65 – 75 gm sebiji
·         kulit telur adalah keras
·         warna kuning telur kemerah-merahan
·         saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg
·         ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
·         Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
·         Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.
·         Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
·         Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

PERALATAN
Induk palsu antaranya:
·         Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
·         Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
·         Sarang bertelur
·         Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya

PEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
·         Makanan komersil
·         Makanan campuran sendiri

1.Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.
Umur
Jenis Makanan
Kandungan
Protin
Tenaga
0 – 2 minggu
“Duck Starter”
20 %
2700-3000
2 – 3 minggu
“Duck Starter”dicampur “Duck Grower”
-
-
4 – 16 minggu
“Duck Grower”
16 %
2500 – 2800
16 minggu dan semasa bertelur
“Layer”
17 %
2600 – 2900
2. Makanan Campuran Sendiri
Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.
Bahan-bahan:-
Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .
Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-
Umur

0 – 4 minggu
1.2 kg. – 1.6 kg.
5 minggu – 22 minggu
11.0 kg – 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa bertelur)
160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari
Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).
KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
·         Menjaga kebersihan ladang setiap masa
·         Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
·         Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 – 3 hari.
·         Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
·         Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
·         Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.

KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.
2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
·         Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
·         Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 – 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.
·         Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
·         Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
·         Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.

PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:
·         Persediaan sebelum ketibaan anak itik
·         Pemeliharaan semasa perindukan
·         Pengurusan semasa membesar
·         Pengurusan semasa bertelur

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
·         Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
·         Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.
·         Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.

Pemeliharaan Semasa Perindukan
·         Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
·         Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
·         Beri antistress selama 3 hari.
·         Beri makanan duck starter crumble tanpa had
·         Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
·         Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.

Pengurusan Semasa Membesar
·         Keluarkan alat pemanas dan pembentung
·         Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
·         Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
·         Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/cl
·         Timbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
·         Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.

Pengurusan Itik Semasa Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-
·         Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 – 2900 k/cl.
·         Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum bertelur.
·         Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.
·         Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
·         Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
·         Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
·         Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
·         Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
·         Semak keperluan cahaya mengikut umur itik

PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-
Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.
Telur Masin
·         Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
·         Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.
PENGURUSAN REKOD
Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.
Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan
·         Rekod pemeliharaan/pengurusan
·         Rekod kewangan
rujukan: http://usahawanbumiputera.com

Burung Walit


Kepada sesiapa yang tertanya-tanya apa itu burung walet atau ada yang mengejanya dengan burung walit dan apakah industri ini berkaitan mari kenalinya dibawah.
Burung walet dikaitkan dengan industri sarang burung atau sarang burung walet iaitu sejenis makanan berkhasiat tinggi dan sangat dikenali sejak zaman dulu lagi . Makanan ini sangat popular di kalangan kaum Cina.
Sejak tahun 1878 lagi penuaian sarang ini telah dimulakan di Malaysia bermula di Gua Niah, Sarawak. Selepas pada itu ianya telah bertukar kepada satu industri perladangan yang kini telah di usahakan secara besar-besaran dan memberikan keuntungan yang tinggi.
Burung Walet
Aerodramus FuciphagusBurung walet atau nama sainstifiknya adalah Aerodramus Fuciphagus adalah sejenis burung dari keluarga Aerodramus atau dalam bahasa inggeris di panggil Swiflet. Ianya selalu dikaitkan dengan burung layang-layang pada pengetahuan umum.
Sebenarnya ianya adalah berbeza dari segi saiz dan rupabentuk. Perbezaan yang ketara di antara burung walet dan juga burung layang-layang adalah seperti di bawah:
Burung walet – berasal dari keluarga Aerodramus, ianya tidak bertenggek, Sarangnya boleh dimakan dan dihasilkan dari kelenjar khas dan mempunyai 7 spesis.
Burung layang-layang – berasal dari keluarga Hirudininae, ianya gemar bertenggek, sarangnya tidak boleh dimakan dan mempunyai 74 spesis.
Daripada 1 keluarga burung Aerodramus ini hanya 2 spesis burung walet yang boleh menghasilkan sarang yang boleh dimakan iaitu :
  • Aerodramus Fuciphagus @ Edible Nest Swiflet
  • Aerodramus Maximus @ Black Nest Swiflet
Jangan terkejut jika dikatakan spesis ini terdapat banyaknya di Malaysia dan juga Indonesia dan kerana ini juga industri sarang burung walet sangat berpotensi di Malaysia juga.
Habitat asal burung walet ini bermula di dalam gua-gua yang mempunyai kelembapan 80% – 90% dengan suhu sekitar antara 26 ke 31 darjah Celcius. Selalu terbang tinggi pada ketinggian 1500 kaki dari paras laut dan ianya hidup berpasang-pasangan betina dan jantan.
Anak burung walet yang baru menetas akan buta selama 20 hari dan pada umur 7 hingga 9 hari ia akan mula memakan serangga dan mula minum pada umur 10 hari.
Nestling Aerodramus FuciphagusSemasa usia ini ia juga di panggil Nestling dan akan diasuh oleh ibunya sehingga 5 minggu di dalam sarang. Anak burung walet ini akan mula meninggalkan sarang pada usia 3 bulan dan pada ketika ini di panggil Fledging.
Burung walet hanya memakan serangga ketika ianya terbang oleh kerana ia tidak dapat bertenggek dan sama juga ketika minum dan juga mengawan.  Apabila waktu senja, burung walet akan pulang ke sarangnya untuk berehat, bertelur dan memberi makan dan minum kepada anaknya.
Ciri-Ciri Sarang Burung Walet
Sarang burung walet dihasilkan oleh burung walet yang mempunyai kelenjar istimewa bersebelahan kelenjar air liur. Apabila terdedah kepada udara ianya akan mengeras. Secara asasnya terdapat lima warna sarang burung dan kualiti dari yang tertinggi kepada terendah adalah seperti berikut:
  1. Sarang darah atau merah
  2. Sarang perak
  3. Sarang putih
  4. Sarang kuning
  5. Sarang bulu
Nutrisi Sarang Burung Walet
Glikoprotein di dalam karbohidrat adalah bahan utama di dalam sarang burung yang juga terkandungnya asid amino dan garam galian. Sarang burung ini juga sangat kaya dengan asid sialic yang banyak membantu untuk perkembangan neurologi dan daya intelek pada bayi.
Asid amino dan garam galian adlah antara komponen terpenting di dalam sarang burung walet. Tiga asid amino yang ditemui adalah asid amino tidak perlu iaitu asid aspartik, glutamik dan praline manakala dua lagi adalah asid amino perlu iaitu threonin dan valine. Ianya sangat membantu di dalam memudahkan fungsi normal badan seperti daya pertahanan dan pembaikan tisu.
Pasaran Sarang Burung Walet
Malaysia telah menjadi pengeksport komoditi utama dari sudut pertanian. Permintaan bagi pasaran sarang burung walet ini banyak di terima dari negara-negara asia seperti Taiwan, China dan juga Hong Kong. Hong Kong adalah sebuah negara yang mempunyai permintaan Sarang Burung walet yang sangat tinggi pada ketika ini.
Rumah Burung Walet
Antara lokasi bagi menjadikan rumah burung walet adalah seperti lot-lot kedai, bangunan terbengkalai, bangunan industri dan bangunan ruah burung yang baru yang di bina di atas tanah pertanian.
Bagi meraka yang ingin menggunakan lot-lot kedai, penggunaan lot pada tingkat bawah adalah tidak di benarkan dan ianya perlu merujuk kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lot-lot kedai perlu mempunyai ketinggian melebihi 7 kaki setiap tingkat, lebar 20 kaki dan panjang 40 kaki. Rakaman suara burung walet hanya boleh dimainkan bermula jam 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi dan 5.00 petang sehingga 7.30 malam setiap hari dengan kekuatan bunyi tidak melebihi 40 dB apabila diukur 6 meter dari dinding bangunan. Rakaman suara burung walet hanya dibenarkan dipasang untuk 24 jam di dalam bangunan sahaja.

Ikan Laga

Menurut kajian yang dilakukan, Malaysia merupakan pengeluar terbesar ikan hiasan dunia Malaysia merupakan antara pengeluar yang menghasilkan ikan Discus,Ikan Emas,Koi,dan Kelisa yang terbaik di dunia...bangga tak?hihih..errmm ok arini aku akan ajar korang camner nak wat breeding atau pembiakan ikan laga atau ikan spilar yang femes pada masa kita kecik2 dulu ni..sekarang pun ikan ni mempunyai peminat mereka yang tersendiri..

Male Halfmoon


pendahuluan

Ikan laga ni sebenarnya mempunyai beberapa varieti atau jenis2 yang berbeza..ia dapat dikenal pasti melalui bentuk ekor nya.ada spesis crown tail,half moon,moon atau jenis yang biasa.yang femes atau harga yang mencecah rm 20 hingga ratus2 sekor biasanya half moon..cantik kalo korang tengok..meleleh air liur.caya arr aku cakap..gambar yang aku tunjuk tu crown tail.ikan laga nie mempunyai bermacam2 warna dan kualitinya juga dinilai dari warna,sama ada sekata ke,seragam ke..gitu arr..aku pun xberape expert..

jantina

cara nak kenal ikan jantan senang ajer..biasernya ikan jantan ekor die panjang.tapi tidak semestinya sebab sekarang nie para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang gak.Jadi masalah arr sket..tapi yg betina ni korang akan dapat kenal pasti melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya..bwh ikan tuh arr..

kematangan

untuk pembiakan korang memerlukan induk yang matang jadi pilihla dengan betul..

jantan

induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..tuh maknenya dia ngan 'hot' arr tuh.

betina

Bagi yang betina plak,macam biasa arr perut atau abdomen dia akan buncit,dan terdapat biji putih di bahagian anusnya...

Kaedah pembiakan


Contoh Tank tok dierang matting.. klo nak jimat g ley guna tank kat bawah ni...

Tangki Plastik
Bagi kaedah pembiakan,korang kene sediakan yang selesa 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki.tapi lagi kecik pun takder masalah..aku cume cakap hak asasi ikan tuh arr.cube korang bayangkan korang baru kahwin dan dapat bilik yg sangat sempit untuk malam pertama.huih..seksa..macam tu jugak ar dengan ikan laga neh..bagi nak bagi tongkat ali atau super power atau orang kampung kt ikan nie letak arr daun ketapang...air die akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak.untuk meransang pembentukan buih oleh jantan,sebaiknya letak arr polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya..

sebaiknya korang letak dulu bekas yang ada induk jantan dan induk betina ni sebelah2 di dalam bekas yang berasingan dulu,ye la kan bagi kenal2 dulu,main sms dulu ker..jagi xder arr dieorang wat secara ganas nanti.lagi satu dalam tangki pembiakan letak arr daun atau batu kecik utk jadi pelindung kepada betina,mana la kita tau kan die dapat laki ganas ker..jadi kene arr bagi perlindungan..

selepas jantan buat buih baru arr dimasukkan induk betina..induk jantan dan betina nie sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi..menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya,membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..benda nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam gitu arr..selepas tu keesokan harinya ceraikanla dieorang..alih yg betina tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan akan jaga telur dan ditakuti yg betina akan makan telur atau anak..

Proses Pengawanan


Telur tu akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan nanti.selepas sehari anak ikan menetas.alih arr jantan plak ke dalam bekas lain.sebab ikan jntan nie da lama tak makan,jadi ia lapar dan ditakuti ia akan makan anak die sendiri(bukan ditakuti,memang ye pun).

Penjagaan anak

Anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas,korang tenok arr perut atau yolk dieorang da kempis baru bagi makan..seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut.air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya,tapi ada gak banyak species lain yg ada.ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia,ikan keli.korang perhatikan air dalam kolam ternakan dua spesis ni hijau,tu arr air hijau yang dimaksudkan..ok?
Selepas jantan wat buih baru la proses ni start..
Ni gambar anak2 die bila da berumur seminggu.. masa ni penjagaan makanan amat kritikal..:-)



selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup mcm jentik2 ataupun frozen blood worm...cube arr yerkk!!
Ni dah 2 bulan lebih da umur die..:-) mula2la asingkan jantan2 yang dah mula garang takut die
p belasah yang lain t.

Selamat mencuba :-)

Teknikal Penternakan Ikan Tilapia




Tilapia Merah


Ikan merupakan lubuk emas untuk sesuatu perniagaan.. Actually jika kita mempunyai pengurusan yang betul penternakan ikan sama ada ikan hiasan ataupun ikan air tawar ia boleh mendatangkan hasil yang sangat2 lmayan kepada kita semua. Ingat pertanian adalah perniagaan jangan inagt bertani ni hanya bercucuk tanam saje ea.. :-) masyuk tu ko kne tempatnya.. :-).. so sini aku nak kongsi sikit n korang cara penternakan ikan air tawar. Orang lain boleh mengaa tidak kita.. (Sumber Mada website).

PEMILIHAN TAPAK
Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar.
Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air.
Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :
i. Suhu air - 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )
ii. pH air - 6-8
iii. Oksigen terlarut - lebih dari 2.5 ppm
iv. Karbon dioksida - kurang dari 2.5 ppm
v. Ammonia - kurang dari 1.0 ppm
vi. Kemasinan - 0-20 ppt
Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.

REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKAR
Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap ‘array’. Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 – 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos.

PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan. Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.

PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar menggunakan ’haba’.

KADAR PELEPASAN BENIH
Kadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara 3,000 – 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor .

KADAR PEMBERIAN MAKANAN IKAN
Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar.

PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA
Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress).

PEMASARAN IKAN TILAPIA
Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya tertumpu untuk kegunaan dalam negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati.
Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM6.00- RM8.00 sekilogram.

So aper tunggu lagi.. Jum ramai2 kita wat ikan tilapia.. :-) Nothing is Impossible.