Monday, November 12, 2012

Penternakan Itik


Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.
PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
·         mempunyai daya hidup yang tinggi
·         bebas dari kecacatan
·         penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)
·         menghasilkan telur yang berkualiti
·         berat antara 65 – 75 gm sebiji
·         kulit telur adalah keras
·         warna kuning telur kemerah-merahan
·         saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg
·         ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
·         Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
·         Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.
·         Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
·         Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

PERALATAN
Induk palsu antaranya:
·         Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
·         Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
·         Sarang bertelur
·         Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya

PEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
·         Makanan komersil
·         Makanan campuran sendiri

1.Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.
Umur
Jenis Makanan
Kandungan
Protin
Tenaga
0 – 2 minggu
“Duck Starter”
20 %
2700-3000
2 – 3 minggu
“Duck Starter”dicampur “Duck Grower”
-
-
4 – 16 minggu
“Duck Grower”
16 %
2500 – 2800
16 minggu dan semasa bertelur
“Layer”
17 %
2600 – 2900
2. Makanan Campuran Sendiri
Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.
Bahan-bahan:-
Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .
Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-
Umur

0 – 4 minggu
1.2 kg. – 1.6 kg.
5 minggu – 22 minggu
11.0 kg – 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa bertelur)
160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari
Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).
KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
·         Menjaga kebersihan ladang setiap masa
·         Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
·         Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 – 3 hari.
·         Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
·         Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
·         Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.

KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.
2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
·         Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
·         Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 – 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.
·         Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
·         Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
·         Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.

PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:
·         Persediaan sebelum ketibaan anak itik
·         Pemeliharaan semasa perindukan
·         Pengurusan semasa membesar
·         Pengurusan semasa bertelur

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
·         Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
·         Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.
·         Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.

Pemeliharaan Semasa Perindukan
·         Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
·         Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
·         Beri antistress selama 3 hari.
·         Beri makanan duck starter crumble tanpa had
·         Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
·         Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.

Pengurusan Semasa Membesar
·         Keluarkan alat pemanas dan pembentung
·         Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
·         Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
·         Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/cl
·         Timbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
·         Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.

Pengurusan Itik Semasa Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-
·         Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 – 2900 k/cl.
·         Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum bertelur.
·         Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.
·         Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
·         Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
·         Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
·         Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
·         Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
·         Semak keperluan cahaya mengikut umur itik

PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-
Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.
Telur Masin
·         Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
·         Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.
PENGURUSAN REKOD
Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.
Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan
·         Rekod pemeliharaan/pengurusan
·         Rekod kewangan
rujukan: http://usahawanbumiputera.com

Burung Walit


Kepada sesiapa yang tertanya-tanya apa itu burung walet atau ada yang mengejanya dengan burung walit dan apakah industri ini berkaitan mari kenalinya dibawah.
Burung walet dikaitkan dengan industri sarang burung atau sarang burung walet iaitu sejenis makanan berkhasiat tinggi dan sangat dikenali sejak zaman dulu lagi . Makanan ini sangat popular di kalangan kaum Cina.
Sejak tahun 1878 lagi penuaian sarang ini telah dimulakan di Malaysia bermula di Gua Niah, Sarawak. Selepas pada itu ianya telah bertukar kepada satu industri perladangan yang kini telah di usahakan secara besar-besaran dan memberikan keuntungan yang tinggi.
Burung Walet
Aerodramus FuciphagusBurung walet atau nama sainstifiknya adalah Aerodramus Fuciphagus adalah sejenis burung dari keluarga Aerodramus atau dalam bahasa inggeris di panggil Swiflet. Ianya selalu dikaitkan dengan burung layang-layang pada pengetahuan umum.
Sebenarnya ianya adalah berbeza dari segi saiz dan rupabentuk. Perbezaan yang ketara di antara burung walet dan juga burung layang-layang adalah seperti di bawah:
Burung walet – berasal dari keluarga Aerodramus, ianya tidak bertenggek, Sarangnya boleh dimakan dan dihasilkan dari kelenjar khas dan mempunyai 7 spesis.
Burung layang-layang – berasal dari keluarga Hirudininae, ianya gemar bertenggek, sarangnya tidak boleh dimakan dan mempunyai 74 spesis.
Daripada 1 keluarga burung Aerodramus ini hanya 2 spesis burung walet yang boleh menghasilkan sarang yang boleh dimakan iaitu :
  • Aerodramus Fuciphagus @ Edible Nest Swiflet
  • Aerodramus Maximus @ Black Nest Swiflet
Jangan terkejut jika dikatakan spesis ini terdapat banyaknya di Malaysia dan juga Indonesia dan kerana ini juga industri sarang burung walet sangat berpotensi di Malaysia juga.
Habitat asal burung walet ini bermula di dalam gua-gua yang mempunyai kelembapan 80% – 90% dengan suhu sekitar antara 26 ke 31 darjah Celcius. Selalu terbang tinggi pada ketinggian 1500 kaki dari paras laut dan ianya hidup berpasang-pasangan betina dan jantan.
Anak burung walet yang baru menetas akan buta selama 20 hari dan pada umur 7 hingga 9 hari ia akan mula memakan serangga dan mula minum pada umur 10 hari.
Nestling Aerodramus FuciphagusSemasa usia ini ia juga di panggil Nestling dan akan diasuh oleh ibunya sehingga 5 minggu di dalam sarang. Anak burung walet ini akan mula meninggalkan sarang pada usia 3 bulan dan pada ketika ini di panggil Fledging.
Burung walet hanya memakan serangga ketika ianya terbang oleh kerana ia tidak dapat bertenggek dan sama juga ketika minum dan juga mengawan.  Apabila waktu senja, burung walet akan pulang ke sarangnya untuk berehat, bertelur dan memberi makan dan minum kepada anaknya.
Ciri-Ciri Sarang Burung Walet
Sarang burung walet dihasilkan oleh burung walet yang mempunyai kelenjar istimewa bersebelahan kelenjar air liur. Apabila terdedah kepada udara ianya akan mengeras. Secara asasnya terdapat lima warna sarang burung dan kualiti dari yang tertinggi kepada terendah adalah seperti berikut:
  1. Sarang darah atau merah
  2. Sarang perak
  3. Sarang putih
  4. Sarang kuning
  5. Sarang bulu
Nutrisi Sarang Burung Walet
Glikoprotein di dalam karbohidrat adalah bahan utama di dalam sarang burung yang juga terkandungnya asid amino dan garam galian. Sarang burung ini juga sangat kaya dengan asid sialic yang banyak membantu untuk perkembangan neurologi dan daya intelek pada bayi.
Asid amino dan garam galian adlah antara komponen terpenting di dalam sarang burung walet. Tiga asid amino yang ditemui adalah asid amino tidak perlu iaitu asid aspartik, glutamik dan praline manakala dua lagi adalah asid amino perlu iaitu threonin dan valine. Ianya sangat membantu di dalam memudahkan fungsi normal badan seperti daya pertahanan dan pembaikan tisu.
Pasaran Sarang Burung Walet
Malaysia telah menjadi pengeksport komoditi utama dari sudut pertanian. Permintaan bagi pasaran sarang burung walet ini banyak di terima dari negara-negara asia seperti Taiwan, China dan juga Hong Kong. Hong Kong adalah sebuah negara yang mempunyai permintaan Sarang Burung walet yang sangat tinggi pada ketika ini.
Rumah Burung Walet
Antara lokasi bagi menjadikan rumah burung walet adalah seperti lot-lot kedai, bangunan terbengkalai, bangunan industri dan bangunan ruah burung yang baru yang di bina di atas tanah pertanian.
Bagi meraka yang ingin menggunakan lot-lot kedai, penggunaan lot pada tingkat bawah adalah tidak di benarkan dan ianya perlu merujuk kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lot-lot kedai perlu mempunyai ketinggian melebihi 7 kaki setiap tingkat, lebar 20 kaki dan panjang 40 kaki. Rakaman suara burung walet hanya boleh dimainkan bermula jam 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi dan 5.00 petang sehingga 7.30 malam setiap hari dengan kekuatan bunyi tidak melebihi 40 dB apabila diukur 6 meter dari dinding bangunan. Rakaman suara burung walet hanya dibenarkan dipasang untuk 24 jam di dalam bangunan sahaja.