Wednesday, April 27, 2011

PRESSURE @ TEKANAN

HI... Salam...

Aper yang korang paham tentang pressure???

Aku pun x taw.. cume aku paham sebenar nyer... tapi pandai2 la cari.. heheh

Ha... kat sini aku sertakan beberapa tip tok korang hadapi tekanan korang..

tip ni aku ambik dari orang tapi aku rasa ia agak bergunala.. lagi2 la kita ni stident kan...




Sini terdapat  beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. 
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.
8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti
menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”.
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya.
Ha.....Apa yang penting dalam apa jua keadaan kita...
Susah r senang jang lupa n sentiasalah ingat n Allah s.w.t dan juga family...
Sebab... tanpa mak n ayah aper la kita kan....
jangan lak bila susah jer kita ingat diorang ea... x baik taw.. hehe



Thursday, April 21, 2011

Cabaran ???




Cabaran????

Ape yang kita fikir bila org sebut perkataan tu....

Certain people will say it hard, but some will say like challenge...

Hahaha.... tu sama juga n aku.... beberapa hari lepas aku diberi kepercayaan memegang amanah....

Amanah dan jawatan yang amat tinggi untuk aku sebagai budak 2nd year....

Aku selalu bertanya pada diri... layak kah aku untuk jawatan setinggi itu...

Mampukah aku untuk melaksanakan tanggungjawap tu dengan sebaik mungkin nanti...

Adakah aku akan kencundang dalam pelajaran dengan timbunan kredit semester yang berlambak2...

Aku masih mencari jawapan yang tidak pasti..... bilakah persoalan ini terjawap...

 aku harap biar masa yang menentukan....

Tapi aku akan cuba buat yang terbaik... dan cuba menjadi yang terbaik... 

Sebab aku rasa nothing imposible kat dunia ni... kalau kita nak kita akan dapat....tol x???

myb betul myb x kan... hahaha.... but whatever it is... take it with open mind n pure heart...

Sama2 kita doa k... moga2 kita sama2 dapat menempuh segala dugaan yang datang dengan baik...

kepada rakan2 sesi 2011/2012... chiok2!!!... do our best... Nothing imposible!!!!


Wednesday, April 13, 2011

Di sini bermulanya segala....



salam...

buat kali yang ke jutaan kalinya aku nak ucap trimas pada sape2 yang singgah kat blog ni...

blog ni xder paper just tempat luangkan masa dan luahkan segala yang terpendam hahaha....

ok...

pagi tadi aku p format aku nyer lappy... so format neyr format pas siap aku transfer blk vedio2 aku yang lme 2 hahaha...

than... aku jumpe blk vedio zaman aku mude2 lu hahaha.. mudala sgt kan... zaman aku diploma dulu...

rupanya aku simpan sume muvee tu.. ingatkan aku xder dah... rupanye ade g... dari sem 1 sampai dinner sem 5 lak tu....

hahah alang2 dah jumpe ape lagi.. aku pun p la tgk2 satu2... teringat balik lak aku kat zaman2 tu. hehe..

best sangat2 hahaha..macam baru semalam benda tu berlaku.. macam fresh lagi dalam ingatan.. 

enjoy n kawan2... p makan sotong kangkung... mandi sungai... makan canai kat khamil cafe hahaha.... best la

 masa tu.. tapi mustahil tok diulang blk... klo berkesempatan untuk ulang pu xnakla.. sayang..

rapat sangat2 kami mase tu... masalah member sume kami tau.. sampaikan dah jadi macam famly.. punya la best...

 bukan nak busy body la kan tapi disebabkan sayang n cosmet sayang n kawan...

yang berlaku kat member kosmet kami kami selesaikan sama2... 

hahaha.. tapi skang ni sume tu dah berlalu... apa yang ada hanyalah kenangan di dalam hati hehehe...

betul kta orang masa akan berlalu tapi kenangan dan pengalaman yang kita lalui membuatkan kita lebih matang...

kita akan lebih kenal dengan diri kita sendiri.... siapa kita sebenarnya....

to all my former cosmate... gud luck dalam apa jua yang korang ambik k..... ingat..... 

wang boleh dicari tapi kawan yang memahami kawan yang lain sukar diganti....

chiok!!! DPPM BATCH 2007... ALL THE BES...

Gamba Di Kuching

Dinner DPPm 2009

Dinner 09

Last Raya di Bintulu