Kepada sesiapa yang tertanya-tanya apa itu burung walet atau ada yang
mengejanya dengan burung walit dan apakah industri ini berkaitan mari
kenalinya dibawah.
Burung walet dikaitkan dengan industri sarang burung atau sarang burung
walet iaitu sejenis makanan berkhasiat tinggi dan sangat dikenali sejak
zaman dulu lagi . Makanan ini sangat popular di kalangan kaum Cina.
Sejak tahun 1878 lagi penuaian sarang ini telah dimulakan di Malaysia
bermula di Gua Niah, Sarawak. Selepas pada itu ianya telah bertukar
kepada satu industri perladangan yang kini telah di usahakan secara
besar-besaran dan memberikan keuntungan yang tinggi.
Burung Walet
Burung
walet atau nama sainstifiknya adalah Aerodramus Fuciphagus adalah
sejenis burung dari keluarga Aerodramus atau dalam bahasa inggeris di
panggil Swiflet. Ianya selalu dikaitkan dengan burung layang-layang pada
pengetahuan umum.
Sebenarnya ianya adalah berbeza dari segi saiz dan rupabentuk. Perbezaan
yang ketara di antara burung walet dan juga burung layang-layang adalah
seperti di bawah:
Burung walet – berasal dari keluarga Aerodramus, ianya tidak bertenggek,
Sarangnya boleh dimakan dan dihasilkan dari kelenjar khas dan mempunyai
7 spesis.
Burung layang-layang – berasal dari keluarga Hirudininae, ianya gemar
bertenggek, sarangnya tidak boleh dimakan dan mempunyai 74 spesis.
Daripada 1 keluarga burung Aerodramus ini hanya 2 spesis burung walet yang boleh menghasilkan sarang yang boleh dimakan iaitu :
- Aerodramus Fuciphagus @ Edible Nest Swiflet
- Aerodramus Maximus @ Black Nest Swiflet
Jangan terkejut jika dikatakan spesis ini terdapat banyaknya di Malaysia
dan juga Indonesia dan kerana ini juga industri sarang burung walet
sangat berpotensi di Malaysia juga.
Habitat asal burung walet ini bermula di dalam gua-gua yang mempunyai
kelembapan 80% – 90% dengan suhu sekitar antara 26 ke 31 darjah Celcius.
Selalu terbang tinggi pada ketinggian 1500 kaki dari paras laut dan
ianya hidup berpasang-pasangan betina dan jantan.
Anak burung walet yang baru menetas akan buta selama 20 hari dan pada
umur 7 hingga 9 hari ia akan mula memakan serangga dan mula minum pada
umur 10 hari.
Semasa
usia ini ia juga di panggil Nestling dan akan diasuh oleh ibunya
sehingga 5 minggu di dalam sarang. Anak burung walet ini akan mula
meninggalkan sarang pada usia 3 bulan dan pada ketika ini di panggil
Fledging.
Burung walet hanya memakan serangga ketika ianya terbang oleh kerana ia
tidak dapat bertenggek dan sama juga ketika minum dan juga mengawan.
Apabila waktu senja, burung walet akan pulang ke sarangnya untuk
berehat, bertelur dan memberi makan dan minum kepada anaknya.
Ciri-Ciri Sarang Burung Walet
Sarang burung walet dihasilkan oleh burung walet yang mempunyai kelenjar
istimewa bersebelahan kelenjar air liur. Apabila terdedah kepada udara
ianya akan mengeras. Secara asasnya terdapat lima warna sarang burung
dan kualiti dari yang tertinggi kepada terendah adalah seperti berikut:
- Sarang darah atau merah
- Sarang perak
- Sarang putih
- Sarang kuning
- Sarang bulu
Nutrisi Sarang Burung Walet
Glikoprotein di dalam karbohidrat adalah bahan utama di dalam sarang
burung yang juga terkandungnya asid amino dan garam galian. Sarang
burung ini juga sangat kaya dengan asid sialic yang banyak membantu
untuk perkembangan neurologi dan daya intelek pada bayi.
Asid amino dan garam galian adlah antara komponen terpenting di dalam
sarang burung walet. Tiga asid amino yang ditemui adalah asid amino
tidak perlu iaitu asid aspartik, glutamik dan praline manakala dua lagi
adalah asid amino perlu iaitu threonin dan valine. Ianya sangat membantu
di dalam memudahkan fungsi normal badan seperti daya pertahanan dan
pembaikan tisu.
Pasaran Sarang Burung Walet
Malaysia telah menjadi pengeksport komoditi utama dari sudut pertanian.
Permintaan bagi pasaran sarang burung walet ini banyak di terima dari
negara-negara asia seperti Taiwan, China dan juga Hong Kong. Hong Kong
adalah sebuah negara yang mempunyai permintaan Sarang Burung walet yang
sangat tinggi pada ketika ini.
Rumah Burung Walet
Antara lokasi bagi menjadikan rumah burung walet adalah seperti lot-lot
kedai, bangunan terbengkalai, bangunan industri dan bangunan ruah burung
yang baru yang di bina di atas tanah pertanian.
Bagi meraka yang ingin menggunakan lot-lot kedai, penggunaan lot pada
tingkat bawah adalah tidak di benarkan dan ianya perlu merujuk kepada
pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lot-lot kedai perlu mempunyai ketinggian melebihi 7 kaki setiap tingkat,
lebar 20 kaki dan panjang 40 kaki. Rakaman suara burung walet hanya
boleh dimainkan bermula jam 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi dan 5.00
petang sehingga 7.30 malam setiap hari dengan kekuatan bunyi tidak
melebihi 40 dB apabila diukur 6 meter dari dinding bangunan. Rakaman suara burung walet hanya dibenarkan dipasang untuk 24 jam di dalam bangunan sahaja.
No comments:
Post a Comment