Ulser peptic ditakrif sebagai
luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum
(dipanggil duodenal ulcer) ataupun perut (dipanggil gastric ulcer). Ulser ini
selalunya benign (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan
kecil ulser ini boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).
Apakah yang menyebabkan
terjadinya penyakit ini?
Penyakit ini dipercayai
disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran
asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser. Bagaimanapun, pada tahun 1982,
dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter
pylori (lebih biasa dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser. Didapati sehingga
80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam
keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang
meneutralkan asid tersebut.
|
Reflux kat esofagus area... |
Apakah faktor yang
mempengaruhi penyakit ini?
Antara faktor-faktor yang
perlu diperhatikan ialah:
|
|
NSAID boleh membunuh... |
|
|
|
Kesannya... |
- pengambil ubat-ubat tahan sakit
seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal
anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser
yang dihidapi.
|
|
- orang yang lebih tua, berusia
50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan
sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab lain.
|
|
- penyakit tertentu seperti
Crohn's disease dan Zollinger-Ellison syndrome
|
|
- hal-hal yang berkaitan dengan
reflux. Kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bile masuk ke dalam
perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, pylorus boleh
merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku.
|
|
- orang yang berdarah jenis A.
|
|
- pengambilan kafein dan alkohol
berlebihan.
|
|
|
Sa NO!!! to rokok ingatlah orang tersayang!! |
|
|
- pemakanan yang tidak terurus.
|
|
|
Mahal laptop tu... |
- stress (tekanan) secara tidak
langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.
|
Tanda-tanda
Pesakit akan mengalami satu atau
lebih tanda-tanda di bawah ini:
|
- sakit perut dan rasa tidak
hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut
|
|
|
|
- mengalami angin. Terasa sakit
di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
|
|
|
|
|
|
|
|
- najis menjadi hitam atau gelap
(kerana ia sebati dengan darah).
|
Langkah-langkah yang
boleh anda lakukan
Langkah-langkah untuk melegakan
penyakit ulser perut ini termasuklah:
|
makan yang kerap. Ambil makanan
ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.
|
|
rehat yang lebih.
|
|
jauhkan daripada
perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi
ulser
|
|
-
pengambilan makanan yang
mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah.
Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.
|
|
ambil vitamin C 100mg untuk
mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser perut.
|
|
tambahkan zink dalam pemakanan
untuk proses penyembuhan.
|
|
|
Lactobacillus casei |
- pengambilan probiotik (bakteria
baik) hendaklah diamalkan.
|
Ubat-ubat yang boleh
diambil
Antara ubat yang selalu diberikan
untuk melegakan gastrik ialah :
|
Antacid |
|
- antacids. Ubat-ubat ini melawan
asid (anti-asid). Antara jenama terkemuka ialah seperti Actal, Gelusil,
Mylanta, dsb. Antacids yang mengandungi aluminium boleh menyebabkan sembelit
manakala yang mengandungi magnesium boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya
diambil berlebihan. Ubat-ubat ini selalunya dalam bentuk cecair atau tablet
yang dikunyah. Antacids adalah ubat-ubatan yang selalu diberikan sekiranya
anda mengambil ubat-ubat tahan sakit, dan penggunaannya dalam keadaan ini
boleh menghalang berlakunya gastrik.
|
|
|
Proton Pump Inhibitaor dalm bentuk capsule |
- proton pump inhibitors seperti
Losec (Omeprazole) dan Lansoprazole.
- H2receptor antagonists seperti
Zantac (Ranitidine), Tagamet (Cimetidine), Axid (Nizatidine) dan Pepcidine
(Famotidine) - dalam kurungan adalah bahan aktifnya.
|
|
|
|
- prostaglandin analogues seperti
Cytotec (Misoprostol).
|
|
|
Antibiotic |
- ubat-ubat terbaru untuk merawat
ulser ini adalah bertujuan untuk membunuh H. pylori. Pengambilannya hendaklah
diteruskan selama satu hingga dua minggu. Antara rawatan yang popular ialah
pengambilan Losec (Omeprazole) bersama-sama dengan Clarithromycin dan
Metronidazole selama dua minggu. Ketiga-tiga ubat ini diambil sekali.
|
- Ulser didapati sering
berulang-ulang terutama sekiranya H.pylori tidak dibunuh. Dalam erti kata lain,
pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H. pylori
adalah sebagai langkah yang berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk membunuh
bakteria H. pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser selepas
itu.
Kajian terkini mendapati ada
kaitan antara H. pylori dengan kejadian kanser perut. Di Colombia dan China, di
mana kehadiran H. pylori dalam usus adalah biasa, peratusan yang menghidapi
kanser perut adalah tinggi.
|
Helicobacter pylori |
|
|
|
|
Gastritis cause by Helicobacter pylori |
Helicobacter pylori boleh berjangkit melalui air minuman dan
pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui air liur (seperti bercumbuan).
Sekiranya ulser tidak dikawal ia
boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk lagi:
|
Sel darah mereah menjadi merah dan akan mix dengan najis. |
|
- haemorrhage iaitu pendarahan
dalaman yang teruk. Akibatnya pesakit akan kehilangan banyak darah. Pesakit
juga mungkin muntah darah dan mendapati darah dalam najis mereka.
|
|
- lubang akan terbentuk di dalam
lapisan usus. Ini boleh menyebabkan acute peritonitis dan memerlukan
pembedahan segera.
|
|
- perjalanan makanan dalam usus
boleh terhalang bila terdapat parut hasil daripada ulser tersebut. Ini
menyebabkan pesakit muntah dan boleh menurunkan berat badan.
|
No comments:
Post a Comment