Friday, March 30, 2012

10 Tanda2 Lelaki Setia:

10 Tanda2 Lelaki Setia: 

1.Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya
2.Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
3.Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya
4.Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
5.Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya
6.Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya
7.Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
8.Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya .
9.Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai anda.
10.Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan

Sesal Mendua

Sajak Ibu.. 2 Minit Yg mencucurkan air mata..

Thursday, March 29, 2012

Sabahat Yang Dirindui

Titipan ini khas buat sahabatku yang tercinta.. Biarpun jauh dimata tapi Engkau tetap dihati. TABAHKAN dirimu dalam menghadapi pelbagai dugaan SAHABATku..


Sahabat yang dirindui..


Sahabat ku…
Mungkin kita jarang bersama,
Berkongsi cerita dan kisah,
Menyulam cinta dan kasih,
Kerana tuntutan perjuangan yang menghambat,
Hingga kadang kita ragu akan persahabatan ini,
Tetapi ingatlah sahabat dikejauhan ku sentiasa mengingatimu,
Hati ini sering meronta ingin sentiasa hampir disisimu,
Lalu doaku panjat moga Allah  sentiasa bersamamu,
Moga hati tidak ragu dengan persahabatan ini,
Mungkin di dunia fana kita jarang bersama,
Lalu kubisikkan pada Illahi yang aku ingin bersamamu di dunia abadi kelak,
Tika itu aku berharap kau dan aku telah bergelar Ahli syurgawi,
Lantas hati ku berbisik lagi,
Allah beri kekuatan pada ku dan sahabatku dalam medan juang ini,
Kuatkan hatinya dan hatiku untuk terus beribadat kepadaMu,
Teguhkan hatinya dan hatiku untuk ikhlas dalam menyembahMu,
Peliharalah derap langkahnya dan langkahku agar sentiasa memenuhi seleraMU,
Agar setiap titis keringatnya dan keringatku yang keluar adalah di atas sabilMU,
Agar kelak ku dapat bertemu dengannya di syurga abadi,
Merasa indahnya menatap wajahMu,
Merasa indahnya berhadapan dengan RasulMu,
Menatap keteguhan sesusuk tubuh Khadijah,
Menatap  kemerah-merahan wajah Siti Aisyah,
Menatap zuriat kesayangan rasul tercinta Siti Fatimah..
Akhir kalam…Aku menunggumu di pintu syurga…

Monday, March 26, 2012

Makna Cinta Sebenar


CINTA : (sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH : (sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG : (sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam. HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana? tetapi yg seharusnya ialah...

C = Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I = Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N = Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T = Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A = Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K = Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A = Akad dilafaz cinta berbunga
S = Suami disanjung-tinggi
I = Isteri disayangi
H = Harumlah kasih sepanjang zaman

S = Sayangkan Isteri kasihkan suami
A = Ada masalah, dibincangkan bersama
Y = Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A = Amalkan hidup bertoleransi
N = Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G = Gaduh sesekali tu perkara biasa

H = Hati suami mesti dijaga
A = Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T = Tanggung-jawab dipikul bersama
I = Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Something

dan demikianlah semuanya harus terjadi
kerna memang harus terjadi
hidup ini terus berlanjut

kita semua akan pernah merasai 
dikhianati dan mengkhianati
setia dan tidak setia

kita semua pernah merasakan 
cinta yang membawa kita ketempat tertinggi
kita lalu merasakan yang namanya terjatuh 
kerna kesalahan kita sendiri
kita tidak mati,
tapi lukanya membuat kita tidak bisa berjalan seperti dulu lagi 

Kisah Cinta Kopi MAsin

Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia sendiri hanya seorang laki-laki biasa. Tiada seorang gadis pun yang begitu mempedulikannya. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang gadis itu untuk minum kopi bersamanya. Walaupun terkejut dengan undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Mereka berdua duduk di sebuah kedai kopi yang begitu nyaman. Si lelaki begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis merasa sangat tidak selesa.

“Cepat katakan sesuatu. Aku ingin segera pulang”, kata si gadis dalam hatinya.

Tiba-tiba si laki-laki berkata pada pelayan, “Tolong ambilkan saya garam. Saya ingin membubuhkan dalam kopi saya.”

Semua orang memandang dan melihat aneh padanya. Mukanya mendadak menjadi merah, tapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam dalam kopi serta meminum kopinya.

Sang gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya, “Kebiasaanmu sangat aneh?”.

“Saat aku masih kecil, aku tinggal dekat laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di mana aku dapat merasakan laut… masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini”,jawab si laki-laki.

“Sekarang, tiap kali aku minum kopi masin, aku jadi teringat akan masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan kampung halamanku, rindu kedua orang tuaku yang masih tinggal di sana”, lanjutnya dengan mata berlinang.

Sang gadis begitu terharu. Itu adalah hal sangat menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang laki-laki yang mengungkapkan kerinduan akan kampung halamannya. Ia pasti seorang yang mencintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Ia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Kemudian sang gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya…Perbualan yang sangat menarik bagi mereka berdua. Dan itu juga merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalin hubungan. Sang gadis menyedari bahawa dia adalah lelaki idamannya. Dia begitu toleran, baik hati, hangat, penuh perhatian…kesimpulannya dia adalah lelaki baik yang hampir saja diabaikan begitu saja.

Untung saja ada kopi masin !

Seperti setiap kisah cinta yang indah: sang puteri menikah dengan sang putera, dan mereka hidup bahagia… Begitulah lelaki dan gadis itu akhirnya bernikah. Dan, setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, si laki-laki meninggal dunia. Dia meninggalkan sepucuk surat bagi isterinya:

“Sayangku, maafkanlah aku. Maafkan kebohongan yang telah aku buat sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu—tentang kopi masin. Kamu ingatkan saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tapi aku tak sanggup, maka aku biarkan saja semuanya. Aku tak pernah sangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita. Aku telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu. Aku telah mencubanya beberapa kali dalam hidupku, tapi aku begitu takut untuk melakukannya, kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apapun darimu… Sekarang saat kau membaca surat ini, aku sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan, maka aku akan mengatakan ini padamu: Aku tidak menyukai kopi yang masin. Tapi sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat berada disampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup sekali lagi, aku tetap akan berusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku harus minum kopi masin sekali lagi.”

Sambil membaca, airmatanya membasahi surat itu.

Suatu hari seseorang telah bertanyanya, “Bagaimana rasa kopi masin?”

Si gadis pasti menjawab, “Rasanya begitu manis.”

Moral:
Kadang-kadang anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik dari orang lain, tapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi… 

Tiada Yang Sia2 DR Tuhan Kita


Kadangkala, kita pohon setangkai bunga, Allah berikan kaktus yang berduri..Kita meminta rama-rama, Dia berikan ulat berbulu...lalu kita sedih dan kecewa. Namun kemudian kaktus itu berbunga indah dan ulat itu menjadi rama-rama yang sangat cantik...Itulah jalan Allah yang indah pada masanya...Dia tidak memberi apa yang kita harapkan..tapi memberi apa yang kita perlukan...kadangkala kita sedih, kecewa dan terluka, tapi jauh diatas segalanya, dia mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

begitulah indahnya hidup bertuhan..kepada anda yang rasa putus asa bila keinginan tak tercapai tu,sbr la k..pasti ada hikmah nya.PASTI.muhasabah diri kita..cari dmana kurang,untuk kita baiki...bukan menunding jari mencari kesalahan org lain...renung2kn  

Tuesday, March 13, 2012

SAHABAT YANG DIRINDUI

Salam w.b.t and Hi....

Petang tadi selepas Asar aku membelek buku2 lama yang ada kat aku nyer kotak. Then suddenly aku terpikat kat satu surat dari member dan sahabatku. Aku baca words by words than tanpa aku sedar pandangan mataku terhalang dengan genangan air mata di kelopak mta.. huhu.. agak plk klo aku mengangi hahaha tapi yang ni aku x ley nak thn huhu... Klau boleh diputarkan pada saat itu alangkah indahnya...

(Hari ini aku tersentap lagi  dgn kptsan yang mmg aku x sangka sangkakan. Biarlah aku seorang sahaja yang megetahui intipati kandungan keputusan itu adalah berkaitan dengan apa.. Pada saat dan ketika aku menerima keputusan tersebut aku merasakan duniaku gelap sebentar dan kepalaku berasa berat dan berpinar. Ya Allah dugaan aper yang datang melanda kali ini.. Adakah aku bersedia untuk ujian seberat n sebesar itu.. Aku berdoa Ya Allah janganlah Engkau duga kami dengan dugaan yang x tertanggung oleh kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Kaya dan Maha Adil Ya Allah. Dengan keputusan di terpampang di depan mata tertera jelas di telapak tangan tidak terasa air mutiara jernih mengalir dari kelopakku... Aku berdoa kepada Allah agar urusanku dipermudahkan dan amalanku diterima oleh Allah sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana.. Aku melangkah longlai ke pintu keluar bilik tersebut tanpa bicara dan teru mendapatkan kawan ku yang setia menanti diluar bilik tersebut. Semua orang tahu aku adalah pelakon yang hebat bersandiwara menyembunyikan segala duka di jiwa. Pada wajah kawanku terpampang sejuta kerisauan tapi ketenganan palsu yang aku cipta ternyata dapat meleraikan kerisauan di wajahnya. Aku cuba menjadi pelakon yang terbaik untuk menyembunyikan kekusutan dan gelora di dalam diriku, mengurung kesedihan di dalam sanubari ku. Aku insan yang lemah dan tidak berdaya. Aku mula berkira2 dan mencatur sekiranya hari ini adalah hari terakhirku di muka bumi Allah yang indah dan mempersona ini maka aku redha dengan ketentuanNya sebab aku percaya setiap hambanya pasti akan dijemput pulang oleh Tuannya pada satu masa kelak x kira lambat atau cepat walaupun dimana jua kita sekalipun. Kepada sahabatku yang aku sayangi aku hadiahkan sebuah lagu untuk menjadi pendoman di masa akan datang. Doakan yang terbaik untuk kita bersama. 

Ammar- Secebis Kenangan


ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

(tinta terakhir dari Sahabatmu - Johari Samsuddin@ Gilbert Gana)
Arwah meninggal pada Khamis 14.10.10 iaitu 4 hari selepas Graduation Day aku daripada diploma aku konvo pada 10.10.10)
Surat ni mak dia yang bagi kat aku time tahlil 40 hari. yang tragis dan sadisnya aku baru tahu beritah pemergian Arwah selepas 40 hari beliau berhijrah ke alam yang lain iaitu alam barkzah.. Sama2 kita sedekah kan Al-Fatihah kepada Arwah. Semoga Arwah digolongkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Beliau pergi disebabkan barah@cancer hati level 4.. 

Saturday, March 10, 2012

PERINGATAN BUAT SAHABATKU TERSAYANG

Salam... Pedih hati bila hati kita dilukaikan.. sakit tu mmg sakit, Kecewa ya kita kecewa sangat2...Segala pengorbanan yang kita buat selama bertahun tahun bukan setahun atau dua, segala bakti yang dicurahkan pada insan bernama sahabat siang dan malam behari hari lamanya, tapi segalanya hanya umpama mencurai air pada daun keladi, umpama menghitung bulu kambing setiap hari. segalanya jadi sia2 belaka.. KENAPA.. ya kenapa semua ni harus berlaku... Adakah aku yang bersalah, tapi dimana silapnya SAHABAT untuk aku perbetulkan kembali aku perluruskan semula aku perlahankan kemudi,,, di mana rompang nya dimana wahai TEMAN biar dapat aku tampung semula dengan segala usaha kudrat yang Allah kurnia, aku masih mencari compingnya untuk dijahit dengan batik bersulam keikhlasan dari indan yang lemah yang sekerdil semut dengan gajah.. RAKAN perbetulkanlah aku bila aku salah tersilap langkah melangkah, tersilap kata berbicara terluka mungkin aku terkurang minta ditambah mungkin terlebih tolong dipertimbangkan semula agar bersama kita menuju puncak jayanya...
wahai RAKAN SEPERJUANGAN... Bertahun kita tempuhi bersama, kita lalui suka 
dan duka bersama, kita redah onak duri bersama, kita mencari hakiki bersama. 
KENAPA... Kenapa wahai SAUDARA sekarang engkau mula berpaling tadah menoleh muka meninggalkan SAHABATMU ini tergantung tanpa siapan, berpengang tiada penghadang berpijak tiada pelantar.. Kenapa engkau berdiam sekiranya terdapat kelompangan dalam masa kita berjuang. YA SAHABAT berjuang itu payah tiada manisnya banyak masam dan masinnya.. TETAPI dalam kepayahan terselit seribu kenangan abadi yang mungkin tiada harga di dunia reality... KENAPA harus kita bersengketa sedangkan kita SEHALA menuju DESTINASI yang sama... WAHAI RAKAN, SAHABATKU,TEMANKU,RAKAN SEPERJUANGANKU dan SAUDARA ku sedarlah wahai KAWAN kita dah banyak terleka dan terpesona dengan hasutan dunia...
9 TAHUN kita berjuang... kita berdoa bersama sampaikanlah ke ADANYA SAHABAT... SEDARLAH SAUDARA, kenganilah segala perjuangan kita imbau kembali sejarah lama... Jangan kita terleka biarpun terpana... Kita masih ada AMANAH yang kita hendak langsaikan... INGAT,, INGAT,,, INGAT,, bersama kita sudahkan apa yang kita mulakan.. jangan menyerah dipertengahan jalan SAHABAT,,, aku merayu sahabat...SEDARLAH WAHAI SAHABAT DARI TIDUR DAN LENA.. Engkau bukan seperti yang aku kenal sekarang.. KEMBALILAH pada 
diri mu yang DAHULU.... yang aku kenal 9 tahun dahulu...

Set Fire To The Rain

I let it fall, my heart
And as it fell, you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you saved me
My hands, they were strong, but my knees were far too weak
To stand in your arms without falling to your feet

But there's a side to you that I never knew, never knew
All the things you'd say, they were never true, never true
And the games you'd play, you would always win, always win

But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

When laying with you I could stay there
Close my eyes, feel you here forever
You and me together, nothing is better

'Cause there's a side to you that I never knew, never knew
All the things you'd say, they were never true, never true
And the games you's play, you would always win, always win

But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Well, it burned while I cried

'Cause I heard it screaming out your name, your name
I set fire to the rain
And I threw us into the flames
When we fell, something died
'Cause I knew that that was the last time, the last time

Sometimes I wake up by the door
That heart you caught must be waiting for you
Even now when we're already over
I can't help myself from looking for you

I set fire to the rain
Watched it pour as I touch your face
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name
I set fire to the rain
And I threw us into the flames
When we fell, something died
'Cause I knew that that was the last time, the last time, oh

Oh, no
Let it burn, oh
Let it burn
Let it burn

Adele Set Fire To The Rain lyrics found on http://www.directlyrics.com/adele-set-fire-to-the-rain-lyrics.html

Sabar itu Indah

Sabar.... tiap2 hari kita akan dengar orang lafazkan perkataan ni... tapi kadang2 kita pun terfikir aper itu sabar ea.. act hari ni aku rasa mcm hilang arah tujuan sebenarnya.. banyak sangat masalah yang perlu aku hadapi n tempuh tiap2 hari,,, x abis satu yang satu datang,pastu yang lain lak datang... Aku x taw nak meluah kat saper.. Luarannya aku adalah seorang lelaki yang kuat yang mampu tersenyum dan bergurau senda seperti kalian lain. Tapi dalam hati aku x siape yang tahu... Macam2 ada.. Lelaki perlu kuat tapi ada saat air mata jernih akan mengalir menghadap Allah di pagi hari.. Tawakal dan Doa mengiring perjalan untuk hari siang.. Em,,, masa tengah belek2 buku tadi terpandang satu tulisan bertarikh 27.02.2004 iaitu pada hari lahir aku 8 tahun yang lepas.. cepatnyer masa berlalu... lepas diteliti rupanyer ada terselit sebuah hadis:

anas bin malik radi'allahu 'anha menceritakan bahawa betapa indahnya kehidupan rasulullah saw melalui hadis ini
aku melayani rasulullah saw selama 10 tahun,demi allah,beliau sama sekali tidak pernah mengatakan kepadaku "hus!",beliau juga tidak pernah mengatakan kepadaku sesuatu seperti "kenapa kamu kerjakan itu?kenapa kamu tidak mengerjakan ini"(riwayat muslim)

"sabrun jamil"..itulah yang diucapkan oleh nabi yaakub ketika berhadapan dengan ujian kehilangan anak anaknya (nabi yusuf dan bunyamin)..firman alah yang bermaksud
(Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia(nabi yaakub): "(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (surah yusuf ayat 83)


lepas baca hadis tu x terasa mutiara putih jatuh deras kat pipi.. Jatuh lagi Ya Allah... Adakah hambamu ini masih tahan untuk ujian yang ko berikan Ya Allah... Astarghfirullahalazim... Knape aku cakap macam ni... Allh tidak akan memdatangkan ujian diluar kemampuan seorang hambanya sapa seorang kawan.. Aku sedikit terkejut rupanya sujudku and doaku didengari oleh kawan sekos dengan ku.. Aku hanya mampu tersenyum selepas memberi salam... Aper itu sabar... Adakah kita sudah cukup sabar dengan dugaan Allah...

Lebih daripada 90 ayat dalam kitab Allah Yang Agung yakni Al-Quran menceritakan mengenai kesabaran, antaranya;
Firman Allah yang bermaksud;
153. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Surah Al-Baqarah: ayat 153).
Lagi Firman Allah Azza wa Jalla;

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Surah Al-Baqarah: ayat 155).

Begitu juga dari Firman Allah bahawa;
5. Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya Iman; dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur. (Surah Ibrahim : ayat 5)
Dalam Surah Al-‘Asr Allah berfirman:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang).
وَالْعَصْرِ (Demi masa).
إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian),
إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran).
Bukti lain yang menjelaskan kebesaran Allah dari segi kesabaran, seperti kejadian pokok, yang bermula dengan anak benih, kemudian ia perlu dijaga, disiram, dibaja, yang memerlukan masa yang lama untuk mendapat hasil yang baik. Ini tidaklah Allah menunjukkan yang kita perlu kelam kabut dalam melakukan sesuatu kerja atau tindakan. Begitu juga bumi, langit dan ciptaan Allah yang lain, ada yang berpendapat Allah menciptanya selama 6/7 hari, ayat ini menunjukkan sifat Allah Maha Penyabar. Allah juga boleh jadikan bumi ini sekelip mata saja kerana Allah Maha Mencipta. Peristiwa penurunan ayat Al-Quran yang berperingkat-peringkat dan kejadian manusia yang Allah tentukan menunjukkan Allah ialah Sang Pecipta Yang Maha Agung lagi Maha Penyabar dan Bijaksana.

Nabi Muhammad SAW pernah memberi wasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas pada hari perkahwinan Saidina Ali dengan Fatimah anak perempuan Rasulullah. Salah satu daripada 13 wasiat Rasulullah kepada Ali adalah memintanya untuk sentiasa bersabar ketika mendepani perasaan amarah. Sabda Muhammad Rasulullah:
"Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah,duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran."
Kepada kawanku, temanku, sahabatku, rakan seperjuanganku dunia akhirat.. Sesunggunhya aku adalah insan yang lemah... sahabatmu ini sudah tidak mampu untuk menanggung segala cubaan ini... Hanya doa dan tawakal kesabaran yang menjadi tautan setiap hari.... Allah Maha Adil...


Memori Semalam

Salam... lme dah x update blog ni... Blog ni mkn lme makin kesunyian just like tuan die sendiri...
Hehehe... act hari ini aku tiba2 lak terbelek buku2 aku yang lme... than suddenly aku terjumpa sajak yang pernah aku tulis masa kat sekolah dulu... masa tu semuanya indah belaka tapi kini x taw la semuanya seperti dah pergi berlalu dengan waktu... orang tua selalu menasihati... biarlah masa berlalu pergi. kita x ader kemampuan untuk melawan.. hehehe... tp walau aper pun kite kne kuat. kerana kita yakin dan mengetahui Allah sentiasa ada..

Sapaan bayu lembut
menyentak lamunanku....
yang terpesong jauh ke lembah igauan
terkenang kembali sejarah pahit manisku
mentari masa tadika

kutatap sekian wajah-wajah sendu
semuanya bisu alam membeku
lantas...
aku terkedu seketika
menatap wajah siang bersilih malam

kini...
kedengaran olehku nyanyian sayu
mengiringi detik-detik perpisahan
lantaran waktu mencemburui
saat indah dan kemesraan ini

aku jadi resah
apakah aku jua seperti itu
keseorangan, kesunyian
tanpa teman, tanpa rakan seperjuangan
tidakku sedari titisan jernih ini
mula bergayut di kelopak mata sayu

kini....
yang tinggal hanya sebuah memori sepi
menggamit mimpi sepi di ruang hati
yang kedengaran di cuping telingaku hanya satu
salam perpisahan