Thursday, March 29, 2012

Sabahat Yang Dirindui

Titipan ini khas buat sahabatku yang tercinta.. Biarpun jauh dimata tapi Engkau tetap dihati. TABAHKAN dirimu dalam menghadapi pelbagai dugaan SAHABATku..


Sahabat yang dirindui..


Sahabat ku…
Mungkin kita jarang bersama,
Berkongsi cerita dan kisah,
Menyulam cinta dan kasih,
Kerana tuntutan perjuangan yang menghambat,
Hingga kadang kita ragu akan persahabatan ini,
Tetapi ingatlah sahabat dikejauhan ku sentiasa mengingatimu,
Hati ini sering meronta ingin sentiasa hampir disisimu,
Lalu doaku panjat moga Allah  sentiasa bersamamu,
Moga hati tidak ragu dengan persahabatan ini,
Mungkin di dunia fana kita jarang bersama,
Lalu kubisikkan pada Illahi yang aku ingin bersamamu di dunia abadi kelak,
Tika itu aku berharap kau dan aku telah bergelar Ahli syurgawi,
Lantas hati ku berbisik lagi,
Allah beri kekuatan pada ku dan sahabatku dalam medan juang ini,
Kuatkan hatinya dan hatiku untuk terus beribadat kepadaMu,
Teguhkan hatinya dan hatiku untuk ikhlas dalam menyembahMu,
Peliharalah derap langkahnya dan langkahku agar sentiasa memenuhi seleraMU,
Agar setiap titis keringatnya dan keringatku yang keluar adalah di atas sabilMU,
Agar kelak ku dapat bertemu dengannya di syurga abadi,
Merasa indahnya menatap wajahMu,
Merasa indahnya berhadapan dengan RasulMu,
Menatap keteguhan sesusuk tubuh Khadijah,
Menatap  kemerah-merahan wajah Siti Aisyah,
Menatap zuriat kesayangan rasul tercinta Siti Fatimah..
Akhir kalam…Aku menunggumu di pintu syurga…

No comments:

Post a Comment