Tuesday, March 13, 2012

SAHABAT YANG DIRINDUI

Salam w.b.t and Hi....

Petang tadi selepas Asar aku membelek buku2 lama yang ada kat aku nyer kotak. Then suddenly aku terpikat kat satu surat dari member dan sahabatku. Aku baca words by words than tanpa aku sedar pandangan mataku terhalang dengan genangan air mata di kelopak mta.. huhu.. agak plk klo aku mengangi hahaha tapi yang ni aku x ley nak thn huhu... Klau boleh diputarkan pada saat itu alangkah indahnya...

(Hari ini aku tersentap lagi  dgn kptsan yang mmg aku x sangka sangkakan. Biarlah aku seorang sahaja yang megetahui intipati kandungan keputusan itu adalah berkaitan dengan apa.. Pada saat dan ketika aku menerima keputusan tersebut aku merasakan duniaku gelap sebentar dan kepalaku berasa berat dan berpinar. Ya Allah dugaan aper yang datang melanda kali ini.. Adakah aku bersedia untuk ujian seberat n sebesar itu.. Aku berdoa Ya Allah janganlah Engkau duga kami dengan dugaan yang x tertanggung oleh kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Kaya dan Maha Adil Ya Allah. Dengan keputusan di terpampang di depan mata tertera jelas di telapak tangan tidak terasa air mutiara jernih mengalir dari kelopakku... Aku berdoa kepada Allah agar urusanku dipermudahkan dan amalanku diterima oleh Allah sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana.. Aku melangkah longlai ke pintu keluar bilik tersebut tanpa bicara dan teru mendapatkan kawan ku yang setia menanti diluar bilik tersebut. Semua orang tahu aku adalah pelakon yang hebat bersandiwara menyembunyikan segala duka di jiwa. Pada wajah kawanku terpampang sejuta kerisauan tapi ketenganan palsu yang aku cipta ternyata dapat meleraikan kerisauan di wajahnya. Aku cuba menjadi pelakon yang terbaik untuk menyembunyikan kekusutan dan gelora di dalam diriku, mengurung kesedihan di dalam sanubari ku. Aku insan yang lemah dan tidak berdaya. Aku mula berkira2 dan mencatur sekiranya hari ini adalah hari terakhirku di muka bumi Allah yang indah dan mempersona ini maka aku redha dengan ketentuanNya sebab aku percaya setiap hambanya pasti akan dijemput pulang oleh Tuannya pada satu masa kelak x kira lambat atau cepat walaupun dimana jua kita sekalipun. Kepada sahabatku yang aku sayangi aku hadiahkan sebuah lagu untuk menjadi pendoman di masa akan datang. Doakan yang terbaik untuk kita bersama. 

Ammar- Secebis Kenangan


ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

(tinta terakhir dari Sahabatmu - Johari Samsuddin@ Gilbert Gana)
Arwah meninggal pada Khamis 14.10.10 iaitu 4 hari selepas Graduation Day aku daripada diploma aku konvo pada 10.10.10)
Surat ni mak dia yang bagi kat aku time tahlil 40 hari. yang tragis dan sadisnya aku baru tahu beritah pemergian Arwah selepas 40 hari beliau berhijrah ke alam yang lain iaitu alam barkzah.. Sama2 kita sedekah kan Al-Fatihah kepada Arwah. Semoga Arwah digolongkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Beliau pergi disebabkan barah@cancer hati level 4.. 

No comments:

Post a Comment