Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam.
Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara
pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika
dibandingkan dengan ternakan ayam.
PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran
yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui
keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
·
mempunyai daya hidup
yang tinggi
·
bebas dari kecacatan
·
penghasilan telurnya
adalah baik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)
·
menghasilkan telur
yang berkualiti
·
berat antara 65 – 75
gm sebiji
·
kulit telur adalah
keras
·
warna kuning telur
kemerah-merahan
·
saiz badannya
sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg
·
ruang antara tulang
punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell
dari Thailand, Taiwan dan Australia.
PERUMAHAN DAN
PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
·
Peredaran udara yang
sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan
menghapuskan gas amonia dari najis itik
·
Saiz rumah mestilah
sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik
dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik
dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.
·
Seelok-elok ia
hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari
paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang.
Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam
reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur
dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
·
Rumah itik mestilah
mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih,
merawat dan mengumpul telur.
PERALATAN
Induk palsu antaranya:
·
Hover, Infrared, Bulb
yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
·
Bekas makanan/minuman
(sama seperti peralatan ayam)
·
Sarang bertelur
·
Lain-lain seperti
bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya
PEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan
kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal
bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan
menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai
jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam
mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
·
Makanan komersil
·
Makanan campuran sendiri
1.Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan
ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis
ternakan.
Umur
|
Jenis Makanan
|
Kandungan
|
|
Protin
|
Tenaga
|
||
0 – 2 minggu
|
“Duck Starter”
|
20 %
|
2700-3000
|
2 – 3 minggu
|
“Duck Starter”dicampur “Duck Grower”
|
-
|
-
|
4 – 16 minggu
|
“Duck Grower”
|
16 %
|
2500 – 2800
|
16 minggu dan semasa
bertelur
|
“Layer”
|
17 %
|
2600 – 2900
|
2. Makanan Campuran
Sendiri
Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari
bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan
kesihatan yang baik.
Bahan-bahan:-
Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk
kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic
pigment dan lain-lain .
Anggaran seekor itik
memerlukan makanan seperti berikut:-
Umur
|
|
0 – 4 minggu
|
1.2 kg. – 1.6 kg.
|
5 minggu – 22 minggu
|
11.0 kg – 11.8 kg
|
22 minggu ke atas (semasa bertelur)
|
160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari
|
Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya
7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik
tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg
hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).
KESIHATAN DAN KAWALAN
PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan
bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
·
Menjaga kebersihan
ladang setiap masa
·
Memberi makanan yang
baru bermutu dan tidak berkulat
·
Memberi air bersih.
Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 – 3 hari.
·
Itik yang menunjukkan
tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
·
Mencuci reban dengan
pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang
baru
·
Menghubungi Jabatan
Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.
KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya
boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan
iaitu lampu pada malam hari.
2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
·
Untuk menerangi
seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat
dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
·
Mempercepatkan dan
menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan
sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh
cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan
supaya tambahan 3 – 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang
di dalam bangsal.
·
Keperluan cahaya/kuasa
lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
·
Jarak di antara lantai
dengan lampu letrik ialah 7 kaki
·
Jika perlu penternak
boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya
lampu ini.
PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan
bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang
minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:
·
Persediaan sebelum
ketibaan anak itik
·
Pemeliharaan semasa
perindukan
·
Pengurusan semasa
membesar
·
Pengurusan semasa
bertelur
Persediaan Sebelum
Ketibaan Anak Itik
·
Sediakan alat
pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak
itik)
·
Sediakan abuk
papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.
·
Sediakan air minum dan
pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.
Pemeliharaan Semasa
Perindukan
·
Anak itik perlu diberi
minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
·
Masa perindukan adalah
selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak
itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
·
Beri antistress selama
3 hari.
·
Beri makanan duck
starter crumble tanpa had
·
Pembentung perlu
dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut
kesesuaian.
·
Pastikan alas lantai
sentiasa kering dan balik-balikan.
Pengurusan Semasa
Membesar
·
Keluarkan alat pemanas
dan pembentung
·
Tukarkan bekas makan
dan minum dengan bekas yang besar
·
Alas lantai (habuk
papan) hendaklah sentiasa kering
·
Beri makanan Grower
Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin
dan Tenaga 2500 – 2800k/cl
·
Timbang 2 – 3 ekor
itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
·
Itik yang berumur 7
minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga
tidak boleh bertelur.
Pengurusan Itik Semasa
Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu
:-
·
Beri makanan jenis
Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 –
2900 k/cl.
·
Makanan ini hendaklah
dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum bertelur.
·
Bagi makanan mengikut
sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.
·
Lain-lain makanan
tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
·
Bagi menentukan mutu
telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100
gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
·
Masukkan sarang
bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
·
Kurung itik di dalam
kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
·
Pungut telur setiap
pagi sebelum diberi makan
·
Semak keperluan cahaya
mengikut umur itik
PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik
ialah :-
Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan
atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi
kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche)
Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.
Telur Masin
·
Telur masin adalah
telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik
dari telur segar.
·
Cara untuk memproses
telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.
PENGURUSAN REKOD
Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah
satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang
sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan
atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk
merancang masa hadapan.
Terdapat 2 jenis rekod
yang diberi keutamaan
·
Rekod
pemeliharaan/pengurusan
·
Rekod kewangan
rujukan: http://usahawanbumiputera.com
No comments:
Post a Comment