Tilapia Merah |
Ikan merupakan lubuk
emas untuk sesuatu perniagaan.. Actually jika kita mempunyai pengurusan yang
betul penternakan ikan sama ada ikan hiasan ataupun ikan air tawar ia boleh
mendatangkan hasil yang sangat2 lmayan kepada kita semua. Ingat pertanian
adalah perniagaan jangan inagt bertani ni hanya bercucuk tanam saje ea.. :-)
masyuk tu ko kne tempatnya.. :-).. so sini aku nak kongsi sikit n korang cara
penternakan ikan air tawar. Orang lain boleh mengaa tidak kita.. (Sumber Mada
website).
PEMILIHAN TAPAK
PEMILIHAN TAPAK
Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar
(carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran
luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan,
tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen
terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar.
Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa
pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah
kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air.
Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap
pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif.
Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi
kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :
i. Suhu air - 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )
ii. pH air - 6-8
iii. Oksigen terlarut - lebih dari 2.5 ppm
iv. Karbon dioksida - kurang dari 2.5 ppm
v. Ammonia - kurang dari 1.0 ppm
vi. Kemasinan - 0-20 ppt
Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama
memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi
1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam
sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan
bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan
terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai
untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang
disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik.
Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut
dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air
terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk
berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa
arus kuat.
REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKAR
Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada
setiap ‘array’. Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m
iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan
bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz mata pukat 25.0 mm yang
digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat
kurungan ikan adalah antara 1.8 – 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam
sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang
menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan
kos.
PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan
kos pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan.
Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor
dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan
tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan, pelepasan
stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.
PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum
dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk
memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm
seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar.
Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan
dalam sangkar menggunakan ’haba’.
KADAR PELEPASAN BENIH
Kadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat
pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya
pada peringkat awal, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh
selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam
tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara
3,000 – 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam
kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm
(50-70 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar
ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m
manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000
ekor .
KADAR PEMBERIAN MAKANAN IKAN
Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan
mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik
adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang
bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya
dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan
bagi keperluan setiap sangkar.
PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA
Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor.
Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600
gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm
seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih
tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan
untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada
setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai
adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan
baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress).
PEMASARAN IKAN TILAPIA
Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya
tertumpu untuk kegunaan dalam negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan
melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara
hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati.
Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram
dan manakala harga runcit adalah RM6.00- RM8.00 sekilogram.
So aper tunggu lagi.. Jum ramai2 kita wat ikan tilapia.. :-) Nothing is Impossible.
No comments:
Post a Comment