Friday, March 11, 2011

Cara Makan Yang baik



1. Makan hanya bila terasa lapar
2. Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan
seboleh-bolehnya dengan sabun .
3. Sebelum makan hendaklah membaca 'Bismillah..."
4. Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu.
Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat
membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang
dipanggil 'bio-current' yang apabila tersentuh dengan
makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan
makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab
mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak
atau basi.
5. Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain
apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan
tenang



6. Seboleh-bolehnya dinding bilik makna hendaklah berwarna
merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan
membantu pencernaan
7. Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang
berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu
penghadaman dan menyukarkan tidur.  8. Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa
membuat sesuatu
9. Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan
makannan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya
menyediakan makanan yang segar, sedap,
berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap
kali waktu makan.
10.Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang  
     makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna  
      indah.
11.Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup
      makanan dari terdedah
12.Berpegang pada prinsip 'makan untuk hidup dan beribadah,
     bukan hidup untuk makan'



No comments:

Post a Comment