Monday, March 7, 2011

Kepentingan makanan kepada fungsi otak


Kompelks nyer dia dan sayangilah

Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan mempengaruhi fungsi otak dan juga kecerdasan otak seseorang. Dalam erti kata lain, otak kita membangun dan boleh berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein, asid amino, lemak, karbohidrat, vitamin dan garam galian yang diperolehi daripada makanan yang dimakan.

Protein
Dari protein, otak menghasilkan bahan-bahan neurotransmitter untuk membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel kepada satu sel yang lain. Dari protein juga terhasilnya enzim-enzim untuk pelbagai fungsi penting sel. Dari protein juga terhasilnya kimia-kimia hormon sex,hormon tirod dan lain-lain. Malah 65% daripada bahan pembinaan sel tubuh dan otak adalah terdiri daripada protein.
Lemak
Dari lemak pula kita memperolehi bahan-bahan asas untuk membina dinding sel (membran sel). Jika lemah dinding maka lemahlah sel, termasuk sel otak. Oleh itu lemak adalah penting untuk otak.
Glukos
Sejumlah besar glukos diperolehi daripada karbohidrat. Glukos ini merupakan sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi.
Garam galian
Garam galian seperti magnesium, kalsium, sodium, potassium dan selenium adalah amat penting untuk membolehkan sel berhubung antara satu sama lain dengan sempurna. Galian-galian ini merupakan faktor pembantu dalam fungsi enzim.
Vitamin
Vitamin adalah juga faktor pembantu yang penting untuk menghasilkan bahan-bahan penting untuk fungsi otak. Vitamin juga mempertahankan oksigen yang penting untuk fungsi otak.
Fungsi Otak

No comments:

Post a Comment